Sejarah perkhidmatan BMP-1

Soviet Union dan Russia

BMP-1 memasuki perkhidmatan dengan Tentera Soviet pada tahun 1966. BMP-1 pertama kali dilihat oleh pihak barat semasa perarakan tentera pada 7 November 1967 di Moscow. Kehadirannya menyebabkan kekecohan di Barat di mana APC bersenjata ringan masih dilihat normal bagi pengangkutan dan menyokong infantri di medan pertempuran.

Dalam Tentera Soviet, BMP-1 biasanya diserahkan pada division rifle bermotor dan regimen rifle bermotor division kereta kebal, di mana ia menggantikan APC BTR-152, BTR-50P dan sesetengah BTR-60P.

Masa kini, BMP-1 dan kenderaan berasaskannya digunakan oleh Tentera Russi dan pasukan keselamatan dalaman bagi Kementerian Hal-Ehwal Dalaman Russia ("Russian Ministry of Internal Affairs - MVD").

Afghanistan

BMP-1 digunakan secara meluas dalam Perperangan Soviet di Afghanistan oleh unit rifle bermotor dan kereta kebal. Ia juga digunakan oleh sesetengah pasukan khas. Disebabkan prestasi kurang memuaskan, variasi perisai ditingkatkan, dinamakan BMP-1D (dikenali versi 'Afghan'), disegerakan dalam perkhidmatan pada tahun 1982. Banyak pengubahsuai lapangan dilakukan pada BMP-1 mereka oleh unit berlainan.

Lain-lain

Pengguna BMP lain termasuk Poland, Mesir, Syria, People's Republic of China, Afghanistan, India, Iraq, Jerman, Greece, dan Sweden.

Rujukan

WikiPedia: BMP-1 http://www.mod.mil.by/s53kmt10.html http://www.armyrecognition.com/Russe/vehicles_lege... http://www.deagel.com/Tracked-Armored-Fighting-Veh... http://www.militaryfactory.com/armor/detail.asp?ar... http://www.militaryparitet.com/nomen/russia/bron/b... http://www.milparade.com/Soderzhaniye.pdf http://www.orbat.com/site/history/historical/nato/... http://www.russarms.com/land/msv/bmd-1/tech-bmd-1-... http://www.thetankmaster.com/ENGLISH/AFV/bmp-1_01.... http://www.youtube.com/watch?v=_FFoQH-0wWI